KUALA LUMPUR, 4 Jul --Atlet-atlet Orang Kelainan Upaya yang hadir pada Majlis Sambutan Menghantar Kontinjen Malaysia Ke 'Special Olympics World Games 2015' oleh Herbalife Malaysia hari ini.
Special Olympics World Games 2015 akan di adakan di Los Angeles, Amerika Syarikat bermula dari 25 Julai sehingga 2 Ogos.
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
ALOR SETAR, 7 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (tiga,kanan) bertanyakan sesuatu kepada peniaga mengenai sayur kubis dan tomato yang disenarai dalam skim kawalan harga di Pasar Besar Alor Setar hari ini.
KPDNKK menyenaraikan 21 barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri, berkuatkuasa hari ini hingga 23 Julai ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 4 Julai -- Kakitangan Herbalife Malaysia bergambar bersama atlet-atlet Orang Kelainan Upaya yang hadir pada Majlis Sambutan Menghantar Kontinjen Malaysia Ke 'Special Olympics World Games 2015' oleh Herbalife Malaysia hari ini.
Special Olympics World Games 2015 akan di adakan di Los Angeles, Amerika Syarikat bermula dari 25 Julai sehingga 2 Ogos.
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal, Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor bersama Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abd Rahman (dua,kiri) ketika menghadiri Ceramah Perdana BAKTI bertajuk 'Ramadan Bulan Keampunan dan Ramadan Bulan Turunnya Al-Quran'.
Ceramah agama itu disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah di Bangunan BAKTI Siti Hasmah hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Puan Sri Rohani Abdullah (kanan).
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal, Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama pendakwah Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah selepas Ceramah Perdana BAKTI di Bangunan BAKTI Siti Hasmah hari ini. 
Ustaz Ravi menyampaikan ceramah agama bertajuk 'Ramadan Bulan Keampunan dan Ramadan Bulan Turunnya Al-Quran'.
Turut hadir Naib Yang Dipertua BAKTI Puan Sri Noorainee Abd Rahman (dua,kiri) dan Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Puan Sri Rohani Abdullah (kanan).
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
ALOR SETAR, 7 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (dua,kanan) meneliti daging lembu segar yang disenarai dalam sekim kawalan harga di Pasar Besar Alor Setar hari ini.
KPDNKK menyenaraikan 21 barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri, berkuatkuasa hari ini hingga 23 Julai ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Pendakwah terkenal Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah menyampaikan ceramah Perdana BAKTI bertajuk 'Ramadan Bulan Keampunan dan Ramadan Bulan Turunnya Al-Quran' di Bangunan BAKTI Siti Hasmah hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal, Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama pendakwah Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah selepas Ceramah Perdana BAKTI di Bangunan BAKTI Siti Hasmah hari ini.
Ustaz Ravi menyampaikan ceramah agama bertajuk 'Ramadan Bulan Keampunan dan Ramadan Bulan Turunnya Al-Quran'.
Turut hadir Naib Yang Dipertua BAKTI Puan Sri Noorainee Abd Rahman (dua,kiri).
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib diberi penerangan oleh Pengarah Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah ketika meninjau cerun yang terhakis di sekitar perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan segera membaik pulih cerun-cerun yang terhakis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib (kiri) dan Pengarah Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah ketika meninjau cerun yang terhakis di sekitar perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan segera membaik pulih cerun tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KOTA BAHARU, 7 Julai -- Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Steel Institute Tony Lee (kiri) menunjukkan contoh atap logam yang akan disumbangkan untuk membaik pulih rumah mangsa banjir negeri ini, hari ini.
Turut hadir Pengurus Kanan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia Noryani Ismail (tengah) dan Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Wan Suraya Wan Mohd Radzi (kanan).
-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
We take quality control for our book publication seriously.
From conceptualisation, content development and also production, everything is taken into detail to materialise the end products with best results.

Click photo for more..
This is an example of a HTML caption with a link.
MOST VIEWED
MOST DOWNLOADED
PRODUCTS & SERVICES