Merakam Detik, Berkongsi Kisah.
Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.
BELANGSUNGKAWA: TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: (GAMBAR FAIL) PUTRAJAYA, 15 April -- Gambar kenangan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) menyerahkan fail meja sebagai tanda penyerahan tugas Perdana Menteri kepada penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto:
- Kapsyen: (GAMBAR FAIL) KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar kenangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menandatangani surat pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia di Balairong Seri, Istana Negara pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: (GAMBAR FAIL) KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar kenangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelima di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia di Balairong Seri, Istana Negara pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: (GAMBAR FAIL) KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar kenangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berkenan menyerahkan surat angkat sumpah Perdana Menteri kelima kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia di Balairong Seri, Istana Negara pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: (GAMBAR FAIL) KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar kenangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menerima titah ucapan Diraja daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada istiadat perasmian penggal pertama Parlimen Ke-11 di Dewan Rakyat, Parlimen pada 18 Mei 2004. Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: (GAMBAR FAIL) KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar kenangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan atlet-atlet paralimpik negara selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2004 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 15 Mei 2004. Tun Abdullah yang merupakan Perdana Menteri kelima meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar kenangan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama seekor ikan marlin yang berjaya dipancingnya ketika percutian memancing di Perth, Australia. Tun Abdullah, yang merupakan Perdana Menteri Kelima Malaysia, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 15 April -- (GAMBAR FAIL) Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (berdiri, tiga dari kanan) bersama para pelajar di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif al-Wataniah, Kepala Batas. Perdana Menteri Kelima Malaysia, Tun Abdullah, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto:
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 15 April -- Gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bayi di rumah keluarganya di Kepala Batas. Tun Abdullah, yang merupakan Perdana Menteri Kelima Malaysia, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: RAZALI NORDIN
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 14 April -- Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam ini. Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.