Merakam Detik, Berkongsi Kisah.
Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.
GAJAH DAN MANUSIA: KONFLIK YANG BELUM SELESAI
- Jurufoto: ZULFADHLI ZULKARNAIN
- Kapsyen: IPOH, 18 Dis -- Di sebalik kehijauan hutan simpan seluas 988,412.84 hektar di Perak, ada konflik lama yang tiada kesudahan - konflik antara manusia dan gajah yang sekian lama menjadi penjaga senyap rimba, dan di Hulu Perak khususnya, pertembungan itu bukan lagi insiden terpencil tetapi bagaikan sudah menjadi rutin. Dilaporkan dari 2020 hingga 2024, sebanyak 4,919 aduan konflik gajah-manusia direkodkan di Malaysia, melibatkan kerugian RM39.4 juta dengan Perak sahaja mencatat dua kematian dan tiga kecederaan. Di sebalik angka itu, terselit kisah kehilangan - nyawa manusia yang terkorban dan nyawa gajah yang tidak pernah diberi pilihan. Di pedalaman Gerik terutamanya, kehadiran gajah di jalan raya, ladang dan halaman rumah bukan lagi sesuatu yang menghairankan. Gajah melintasi Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), meranapkan tanaman dan menghampiri kediaman, seolah-olah mencari semula ruang yang semakin dirampas. Menurut laporan media pada Ogos 2023, seorang wanita Orang Asli maut dipijak gajah di Kemar, Gerik, manakala September tahun lepas pula seorang pekerja pembersihan kontrak maut dan seorang lagi cedera diserang haiwan itu di Mersing. Setiap kejadian meninggalkan persoalan, siapakah sebenarnya yang tersesat dari wilayah asal? Paling tidak dilupakan, peristiwa pada pagi hening 11 Mei tahun ini di JRTB Gerik-Jeli yang meruntun emosi seluruh rakyat negara ini apabila seekor ibu gajah enggan berganjak dari sisi anaknya yang mati dilanggar lori. Insiden itu seolah simbol kegagalan manusia mencari titik seimbang antara pembangunan dan kelestarian, ia bukan sekadar kemalangan jalan raya tetapi gambaran konflik yang belum berpenghujung. Tersepit antara pembangunan dan hak haiwan liar itu untuk terus menghuni habitatnya, ternyata mengurus mamalia terbesar ini bukan satu tugas mudah dan menuntut ketelitian agar tiada pihak yang tersakiti. Gajah di Malaysia dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pelbagai usaha digerakkan, termasuk operasi translokasi, pemasangan pagar elektrik di lokasi panas, rondaan dilaluan kritikal, program kesedaran awam serta mewujudkan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar. Insiden terbaru pada 14 Dis lepas di Rancangan Penempatan Semula Air Banun, Gerik, apabila seorang lelaki Orang Asli cedera selepas ditarik gajah ke dalam gaung, sekali lagi membuktikan bahawa konflik ini belum menemui noktah. Setiap langkah gajah kini ibarat perjudian antara hidup dan mati, bukan sahaja untuk manusia tetapi juga untuk haiwan itu sendiri. Persoalannya, sejauh mana usaha pemuliharaan benar-benar mengambil kira realiti ekologi? Apabila hutan diratah sedikit demi sedikit, koridor hidupan liar terputus, dan pembangunan terus mara tanpa empati, gajah tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke ruang manusia. Selagi empati hanya lahir seketika di skrin telefon, dan lenyap sebaik emosi reda, konflik ini akan terus berulang, dan â??Sang Gergasi Rimbaâ??, kini menjadi utusan paling jelas bahawa keseimbangan sedang runtuh. Mungkin sudah tiba masanya kita berhenti sejenak, mendengar degup rimba, menilai kesan setiap keputusan, dan mengakui bahawa khazanah alam bukan warisan untuk dieksploitasi tetapi amanah untuk dipelihara. Jika tidak, suatu hari nanti â??sang belalaiâ?? mungkin hanya tinggal sebagai kenangan dalam lipatan sejarah dan kita pula kehilangan sebahagian daripada jiwa alam yang pernah melindungi kita. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Jurufoto: Z

Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.