Merakam Detik, Berkongsi Kisah.
Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.
LENSA RAMADAN
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: SEPANG, 4 Mac -- Sama-Sama Hotel KLIA menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan bufet berbuka puasa bertemakan ‘Samudra’, menampilkan 360 hidangan yang diinspirasikan daripada hasil laut, daratan, dan warisan budaya. Bufet ini menawarkan pelbagai juadah tradisional Nusantara, cita rasa Timur Tengah, serta masakan antarabangsa, dengan hidangan istimewa termasuk kambing panggang, makanan laut segar, briyani beraroma dan bubur lambuk. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 4 Mac -- Para jemaah bertadraus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengimarahkan Ramadan ketika tinjauan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad hari ini. Membaca Al-Quran pada bulan suci ini, diharap menjadi pemangkin untuk melatih diri merasai kemanisan mengalunkan ayat suci dan menjadikan kita seorang yang istiqamah. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 4 Mac -- Jemaah wanita dan lelaki bertadraus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengimarahkan Ramadan ketika tinjauan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad hari ini. Membaca Al-Quran pada bulan suci ini, diharap menjadi pemangkin untuk melatih diri merasai kemanisan mengalunkan ayat suci dan menjadikan kita seorang yang istiqamah. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 4 -- Male and female congregants recited the Quran in groups to enliven the spirit of Ramadan during a survey at Masjid Jamek Sultan Abdul Samad today. Reciting the Quran during this holy month is hoped to serve as a catalyst for developing a deep appreciation for its sacred verses and fostering consistency in worship. --fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Jemaah Masjid India tidak melepaskan peluang berkumpul bersama rakan-rakan untuk berbuka puasa pada hari kelima umat Islam menjalani ibadah puasa hari ini. Masjid India terletak di kawasan tengah kota yang sibuk dengan aktiviti perniagaan dan komersial menjadi tumpuan umat Islam di sini untuk beribadat apabila menjelang Ramadan. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Pekerja menuang adunan santan bagi melengkapkan kuih Tepung Pelita di Taman Tasik Tambahan, Ampang hari ini. Tepung Pelita antara kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa kerana keenakan kuihnya yang berlemak dan manis. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: MELAKA, 5 Mac -- Intan Diana Adnan, 24, menyusun dan meletakan ayam masak merah sementara menunggu pelanggan ketika tinjauan fotoBernama di Bazar Ramadan di sini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA MELAKA, March 5 -- Intan Diana Adnan, 24, arranges and places the spicy tomato sauce chicken while waiting for customers during a fotoBernama survey at the Ramadan Bazaar here. --fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: SANDAKAN, 5 Mac -- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa di atas Kapal Maritim (KM) Pintar ketika mengadakan rondaan dan operasi di perairan Sandakan hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA SANDAKAN, March 5 -- Members of the Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM) performs the Maghrib prayer after breaking their fast aboard the Maritime Vessel (KM) Pintar while conducting patrols and operations in the waters of Sandakan today. -- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: SANDAKAN, 5 Mac -- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membaca doa sebelum berbuka puasa di atas Kapal Maritim (KM) Pintar ketika mengadakan rondaan dan operasi di perairan Sandakan hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA SANDAKAN, March 5 -- Members of the Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM) recites a prayer before breaking their fast aboard the Maritime Vessel (KM) Pintar while conducting patrols and operations in the waters of Sandakan today. -- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: MELAKA, 4 Mac -- Bazar Ramadan Peringgit merupakan salah satu destinasi yang sering kali dibanjiri pengunjung apabila tibanya Ramadan. Antara juadah yang terdapat adalah seperti nasi kukus ayam berempah, nasi tomato, nasi ayam, nasi kerabu, aneka sup, kuih muih dan air balang. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA MELAKA, March 4 -- The Ramadan Bazaar in Peringgit is one of the destinations that is often flooded with visitors when Ramadan arrives. Among the dishes available are steamed rice with spicy chicken, tomato rice, chicken rice, kerabu rice, various soups, kuih muih, and iced drinks. --fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
- Jurufoto: fotoBERNAMA
- Kapsyen: MELAKA, 4 Mac -- Bazar Ramadan Peringgit merupakan salah satu destinasi yang sering kali dibanjiri pengunjung apabila tibanya Ramadan. Antara juadah yang terdapat adalah seperti nasi kukus ayam berempah, nasi tomato, nasi ayam, nasi kerabu, aneka sup, kuih muih dan air balang. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.