Merakam Detik, Berkongsi Kisah.

Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.

NUZUL AL-QURAN

  • Jurufoto: AFFAN FAUZI
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP Batu Caves membaca ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai bagi mengimarahkan Ramadan. Hari ini, yang juga hari ke-17 Ramadan merupakan peristiwa Nuzul Quran yang disambut oleh seluruh umat Islam bagi memperingati peristiwa turunnya kitab suci Al-Quran. Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD KHAIRUL FIKIRI OSMAN
  • Kapsyen: KUALA TERENGGANU, 18 Mac -- Ahli kariah Masjid Sultan Ismail, Chendering, mengadakan Majlis Khatam al-Quran Perdana sempena Nuzul al-Quran hari ini, dengan penyertaan 53 jemaah dalam usaha memartabatkan kitab suci. Nuzul al-Quran memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad secara berperingkat sehingga lengkap menjadi al-Quran hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 kehidupan baginda (6 Ogos 610M) di Gua Hira. Wahyu pertama yang disampaikan melalui Malaikat Jibril ialah lima ayat awal Surah Al-Alaq. Sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad, al-Quran membawa hikmah mendalam bagi mereka yang mencari petunjuk. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: NORAINI AHMAD
  • Kapsyen: ALOR SETAR, 18 Mac -- Untuk mengimarahkan Ramadan, Zainab Sulaiman (lima, kanan) mengadakan majlis tadarus dan khatam al-Quran bersama rakan-rakannya di rumah pusaka ayahnya di Kampung Alor Merah, sempena Nuzul al-Quran hari ini, 17 Ramadan. Nuzul al-Quran memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah, ketika baginda berusia 41 tahun. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD SYAFIQ AMBAK (STR)
  • Kapsyen: DUNGUN, 18 Mac -- Pelajar madrasah di daerah ini mengalunkan ayat suci al-Quran sempena Nuzul al-Quran di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah hari ini, 17 Ramadan. Acara ini menghayati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan memperingati al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD SYAFIQ AMBAK (STR)
  • Kapsyen: DUNGUN, 18 Mac -- Muhd Shaqirullah Muhd Saifullah, 14, pelajar madrasah di daerah ini, membaca ayat suci al-Quran sempena Nuzul al-Quran di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah hari ini, 17 Ramadan. Acara ini menghayati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. serta memperingati al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA DUNGUN, March 18 -- Muhd Shaqirullah Muhd Saifullah, 14, a madrasah student from this district, recited verses from the Quran in honor of *Nuzul al-Quran* at Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah today, 17th Ramadan. The event commemorates the first revelation to Prophet Muhammad S.A.W. and reinforces the Quranâ??s role as a guide for Muslims. --fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
  • Jurufoto: MOHD SYAFIQ AMBAK (STR)
  • Kapsyen: DUNGUN, 18 Mac -- Muhd Shaqirullah Muhd Saifullah, 14, pelajar madrasah di daerah ini, membaca ayat suci al-Quran sempena Nuzul al-Quran di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah hari ini, 17 Ramadan. Acara ini menghayati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. serta memperingati al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: NUZUL AL-QURAN
  • Kapsyen: DUNGUN, 18 Mac -- Muhd Shaqirullah Muhd Saifullah, 14, pelajar madrasah di daerah ini, membaca ayat suci al-Quran sempena Nuzul al-Quran di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah hari ini, 17 Ramadan. Acara ini menghayati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. serta memperingati al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: fotoBERNAMA
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 28 Mac -- Seramai 61 orang pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Batu Caves menjalankan aktiviti bertadarus dan khatam Al-Quran bagi mengimarahkan sambutan Nuzul Al-Quran hari ini. Nuzul Al-Quran yang jatuh pada hari ke-17 Ramadan merupakan peristiwa yang disambut seluruh umat Islam bagi memperingati peristiwa turunnya kitab suci Al-Quran, yang dibawa Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadah di Gua Hira. Ia mengandungi lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq dan merupakan ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan ke dunia. Perkataan 'Nuzul' itu sendiri bermaksud 'turun' atau 'berpindah dari atas ke bawah' yang merupakan perkataan Bahasa Arab. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.