Merakam Detik, Berkongsi Kisah.

Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.

SINAR TRADISI DI AMBANG AIDILFITRI

  • Jurufoto: ZULFADHLI ZULKARNAIN
  • Kapsyen: IPOH, 22 Mac -- Penduduk menghiasi taman perumahan mereka dengan nyalaan pelita bagi menyambut lebaran Aidilfitiri yang bakal tiba pada program Pesta Panjut X Piknik Moreh di Medan Klebang Pertama malam semalam. Penganjuran program tersebut diserikan dengan kehadiran penduduk pelbagai kaum yang turut sama membantu menyalakan pelita yang dipasang di sekitar taman tersebut. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD SYAFIQ AMBAK (STR)
  • Kapsyen: MARANG, 26 Mac -- Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 41, (kiri) bersama isteri dan anak-anaknya berbuka puasa sambil menikmati keindahan suasana malam yang diterangi cahaya pelita buluh di Kampung Merchang. Memasang pelita buluh atau panjut di halaman rumah pada malam tujuh likur dan sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan tradisi yang masih dikekalkan, meskipun pelbagai jenis lampu elektronik berwarna-warni kini tersedia. Bagi Mohamad Azmizan, kerinduan terhadap nostalgia Ramadan ketika zaman kanak-kanak mendorongnya untuk menghasilkan pelita buluh secara tradisional. Demi memenuhi permintaan pelanggan, beliau yang bekerja sebagai pemandu treler sanggup 'menggantung' stereng buat sementara waktu bagi menyiapkan tempahan. Bapa kepada tiga anak itu berkata, pelita buluh buatannya dijual pada harga RM15 sebatang. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD SYAFIQ AMBAK (STR
  • Kapsyen: MARANG, 26 Mac -- Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 41, (kanan) bersama anak-anaknya menyalakan pelita buluh yang dipasang di pekarangan rumahnya di Kampung Merchang menjelang Aidilfitri. Memasang pelita buluh atau panjut di halaman rumah pada malam tujuh likur dan sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan tradisi yang masih dikekalkan, meskipun pelbagai jenis lampu elektronik berwarna-warni kini tersedia. Bagi Mohamad Azmizan, kerinduan terhadap nostalgia Ramadan ketika zaman kanak-kanak mendorongnya untuk menghasilkan pelita buluh secara tradisional. Demi memenuhi permintaan pelanggan, beliau yang bekerja sebagai pemandu treler sanggup 'menggantung' stereng buat sementara waktu bagi menyiapkan tempahan. Bapa kepada tiga anak itu berkata, pelita buluh buatannya dijual pada harga RM15 sebatang. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD SYAFIQ AMBAK (STR)
  • Kapsyen: MARANG, 26 Mac -- Antara pelita buluh yang dinyalakan di pekarangan rumah Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 41, di Kampung Merchang, menjelang Aidilfitri. Memasang pelita buluh atau panjut di halaman rumah pada malam tujuh likur dan sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan tradisi yang masih dikekalkan, meskipun pelbagai jenis lampu elektronik berwarna-warni kini tersedia. Bagi Mohamad Azmizan, kerinduan terhadap nostalgia Ramadan ketika zaman kanak-kanak mendorongnya untuk menghasilkan pelita buluh secara tradisional. Demi memenuhi permintaan pelanggan, beliau yang bekerja sebagai pemandu treler sanggup 'menggantung' stereng buat sementara waktu bagi menyiapkan tempahan. Bapa kepada tiga anak itu berkata, pelita buluh buatannya dijual pada harga RM15 sebatang. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
  • Kapsyen: BANTING, 19 Mac -- Pengusaha Pelita Panjut Pak Tam Khairul Nizam Kamaruddin, 36, memeriksa pelita buluh atau dipanggil Pelita Panjut yang bercorak batik yang telah siap sebelum diserahkan kepada pelanggan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan di Banting hari ini. Sudah menjadi tradisi untuk masyarakat Melayu menyalakan pelita bagi memeriahkan suasana di halaman rumah setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil "Malam Tujuh Likur". Biarpun hari ini pelbagai jenis pelita moden yang boleh menggantikan pelita yang lama, namun tempahan dan permintaan Pelita Panjut ini masih mendapat tempat di hati masyarakat khususnya orang Melayu bagi menghias halaman rumah mereka menjelang tibanya Aidilfitri. Menurut Pak Tam, bermula awal bulan Ramadan tahun ini, tempahan Pelita Panjut yang diusahakan beliau dan keluarganya sejak tujuh tahun lalu telah mencecah 200 batang walaupun terpakasa meredah hutan untuk mendapatkan buluh yang berkualiti. Pelita Panjut Pak Tam yang diusahakan ini bukan sahaja Pelita Panjut yang asli malah terdapat Pelita Panjut yang bercorak batik yang menjadi tarikan dan dijual pada harga RM17 sebatang yang mempunya lapan sumbu manakala yang pelita yang tanpa corak dijual pada harga RM15 sebatang. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: KUANTAN, 26 Mac -- Pelbagai aktivit menarik diadakan sepanjang Pesta Pelita Raya Pahang 2025 yang berlangsung ketika tinjauan malam ini. Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang sedang menganjurkan Pesta Pelita Raya Pahang 2025, acara diadakan julung kalinya ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Pahang sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri. Pesta yang berlangsung bermula 20 Mac hingga 30 Mac 2025 di 11 daerah seluruh Pahang bertujuan untuk memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri disamping sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk, selain menarik minat pelancong untuk merasai sendiri keunikan tradisi ini di Pahang. Setiap daerah menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya memasang pelita kreatif, persembahan kebudayaan, serta jualan makanan dan produk tempatan yang mencerminkan identiti negeri ini disamping dapat membawakan pengalaman baharu kepada pengunjung serta memperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ZULFADHLI ZULKARNAIN
  • Kapsyen: IPOH, 22 Mac -- Penduduk, Nurayn Assyifa Muhamad Nuzul Hakim, 9, bermain bunga api pada program Pesta Panjut X Piknik Moreh di Medan Klebang Pertama malam semalam. Penganjuran program tersebut diserikan dengan kehadiran penduduk pelbagai kaum yang turut sama membantu menyalakan pelita yang dipasang di sekitar taman tersebut. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: NORAINI AHMAD
  • Kapsyen: ARAU, 27 Mac -- Kampung Jelempok menjadi lokasi pertama di Perlis menghidupkan semula tradisi pelita panjut menerusi Projek Pelita Raya@Aidilfitri, dengan 1,800 pelita menerangi 1.5 kilometer kawasan kampung. Pengarah projek, Aiman Muhaimin Purkhan, 28, berkata inisiatif ini bertujuan mengembalikan nostalgia dan menceriakan Aidilfitri. Projek bernilai RM6,000 ini digerakkan melalui sumbangan dan gotong-royong penduduk. Persiapan bermula sebelum Ramadan, dengan lebih 800 batang buluh dikumpulkan secara percuma. "Malam ini, pada 26 Ramadan, semua pelita dinyalakan serentak, mewujudkan suasana bagaikan pesta cahaya," katanya. --fotoBERNAMA(2025) HAKCIPTA TERPELIHARA

  • Jurufoto: IKHWAN RAZALI (STR)
  • Kapsyen: KUCHING, 27 Mac -- Antara pelita kaca yang masih digunakan menghiasi rumah ketika tinjauan fotoBernama, baru-baru ini. Dalam era moden ini, tradisi bertuntung yang dahulunya menjadi aktiviti wajib masyarakat Melayu Sarawak dengan menyalakan punjut atau pelita sempena Aidilfitri kian dilupakan. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: KUANTAN, 26 Mac -- Pelbagai aktivit menarik diadakan sepanjang Pesta Pelita Raya Pahang 2025 yang berlangsung ketika tinjauan malam ini. Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang sedang menganjurkan Pesta Pelita Raya Pahang 2025, acara diadakan julung kalinya ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Pahang sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri. Pesta yang berlangsung bermula 20 Mac hingga 30 Mac 2025 di 11 daerah seluruh Pahang bertujuan untuk memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri disamping sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk, selain menarik minat pelancong untuk merasai sendiri keunikan tradisi ini di Pahang. Setiap daerah menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya memasang pelita kreatif, persembahan kebudayaan, serta jualan makanan dan produk tempatan yang mencerminkan identiti negeri ini disamping dapat membawakan pengalaman baharu kepada pengunjung serta memperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: MOHD KHAIRUL FIKIRI OSMAN
  • Kapsyen: KUALA NERUS, 17 Mac -- Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke acara Pelita Raya Terengganu 2025 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak malam tadi. Program yang berlangsung selama empat hari yang berakhir semalam berjaya menarik kira-kira 170,000 pengunjung tempatan dan luar negara, yang hadir bagi melihat dengan lebih dekat keunikan pelbagai jenis pelita tradisional yang kini hanya tinggal kenangan. Program bertemakan 'Membudayakan Khazanah Warisan Kita' turut menggambarkan semangat perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum, selain menjadikannya sebagai sebahagian budaya kehidupan yang serba moden sekaligus mempromosikan warisan budaya agar terus kekal relevan kepada generasi akan datang. Kerajaan negeri juga berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia menjadikan program Pelita Raya sebagai acara utama dalam kalendar acara Tahun Malawat Malaysia 2026. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.