Merakam Detik, Berkongsi Kisah.

Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.

GEMA RAMADAN: SEBUAH MEMOIR VISUAL

  • Jurufoto: ROSLI AWANG
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 24 Mac 1991 -- Kakitangan dan pekerja sambilan Pejabat Pos Besar mengendalikan agihan kad ucapan Hari Raya sempena sambutan perayaan Aidilfitri. -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ABDULLAH IBRAHIM
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 19 Mac 1991 -- Kelihatan ramai pengunjung di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar ibu kota memilih serta membeli pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu, kain pelikat, serta aksesori seperti butang baju Melayu dan barangan keperluan wanita yang lain sempena sambutan perayaan Aidilfitri. -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

  • Jurufoto: SHAMSUDDIN MOHD
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 5 Jun 1981 -- Ragam warga kota sibuk membeli-belah barangan keperluan untuk Hari Raya Puasa di sekitar ibu kota hari ini. Suasana hiruk-piruk dengan tawar-menawar menjadi pemandangan biasa, terutamanya bagi mendapatkan pakaian dan capal baru untuk persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 5, 1981 -- City folk busy shopping for Hari Raya essentials around the capital today. The hustle and bustle with bargaining a common sight, especially for new clothes and capal for the upcoming Aidilfitri. -- fotoBERNAMA COPYRIGHT RESERVED
  • Jurufoto: MANAN AHMAD
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 24 Julai 1980 -- Orang ramai memenuhi masjid sempena majlis berbuka puasa yang diadakan sempena bulan Ramadan. Jemaah menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak masjid dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan keluarga dan jiran saling bertegur sapa sambil menunggu azan Maghrib. -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

  • Jurufoto: ADNAN
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 15 Julai 1980 -- Orang ramai kelihatan sibuk membeli pelbagai jenis aneka kuih-muih yang dijual di bulan Ramadan. Pelbagai pilihan tradisional seperti kuih lapis, onde-onde, donut, karipap dan tepung pelita dijual dengan peniaga menawarkan hidangan segar sepanjang bulan Ramadan. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ABDULLAH
  • Kapsyen: KOTA BHARU, 20 Julai 1981 -- Khalayak ramai membeli kuih-muih untuk berbuka puasa di pasar di sini hari ini. Tinjauan di sekitar Pasar Besar Kota Bharu (kini dikenali Pasar Besar Siti Khadijah) mula dipenuhi warga kota yang ingin mendapatkan pelbagai juadah tradisional Kelantan. Antara juadah yang menjadi tumpuan utama pengunjung seperti kuih akok, jala mas, dan buah tanjung yang sinonim dengan cita rasa tempatan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 14 Julai 1980 -- Pelbagai aneka kueh yang menjadi tarikan pengunjung di bulan Ramadan. Kuih-muih warna-warni, secangkir air manis, dan kemeriahan yang tiada ganti. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ADNAN
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 15 Julai 1980 -- Orang ramai kelihatan sibuk membeli murtabak yang dijual di bulan Ramadan. Hidangan popular itu antara yang menjadi kegemaran ramai dengan peniaga menawarkan hidangan segar sepanjang bulan Ramadan. -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ADNAN
  • Kapsyen: KUALA LUMPUR, 15 Julai 1980 -- Orang ramai kelihatan sibuk membeli pelbagai jenis aneka kuih-muih yang dijual di bulan Ramadan. Pelbagai pilihan tradisional seperti kuih lapis, onde-onde, donut, karipap dan tepung pelita dijual dengan peniaga menawarkan hidangan segar sepanjang bulan Ramadan. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ABDULLAH
  • Kapsyen: KOTA BHARU, 20 Julai 1981 -- Khalayak ramai membeli kuih-muih untuk berbuka puasa di pasar di sini hari ini. Tinjauan di sekitar Pasar Besar Kota Bharu (kini dikenali Pasar Besar Siti Khadijah) mula dipenuhi warga kota yang ingin mendapatkan pelbagai juadah tradisional Kelantan. Antara juadah yang menjadi tumpuan utama pengunjung seperti kuih akok, jala mas, dan buah tanjung yang sinonim dengan cita rasa tempatan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ABDULLAH
  • Kapsyen: KOTA BHARU, 20 Julai 1981 -- Khalayak ramai membeli kuih-muih untuk berbuka puasa di pasar di sini hari ini. Tinjauan di sekitar Pasar Besar Kota Bharu (kini dikenali Pasar Besar Siti Khadijah) mula dipenuhi warga kota yang ingin mendapatkan pelbagai juadah tradisional Kelantan. Antara juadah yang menjadi tumpuan utama pengunjung seperti kuih akok, jala mas, dan buah tanjung yang sinonim dengan cita rasa tempatan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SHAMSUDDIN MOHD
  • Kapsyen: KUANTAN, 7 Julai 1981 -- Orang ramai sibuk memilih pelbagai juadah berbuka puasa di sebuah gerai kuih-muih di sini hari ini. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.