Merakam Detik, Berkongsi Kisah.
Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.
RENTETAN INSIDEN KEBAKARAN SALURAN GAS
- Jurufoto: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 7 April -- Pelajar sekolah yang juga mangsa kebakaran saluran paip gas menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk hadir ke sekolah ketika tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 7 April -- Pelajar sekolah yang juga mangsa kebakaran saluran paip gas ditemani bapanya untuk ke sekolah dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan ketika tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: MUHD NA'IM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 6 April -- Keadaan kawasan insiden kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan fotoBernama di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, hari ini. Kebakaran besar yang melibatkan saluran gas Petronas pada pukul 8.10 pagi Selasa lepas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius. Kebakaran tersebut secara tidak langsung mengubah landskap kawasan itu menjadi kawah besar sedalam 32 kaki dan seluas 70x80 kaki, serta memusnahkan kediaman dan harta benda dalam radius 500 meter. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Kapsyen: SUBANG JAYA, 6 April -- Anggota Jabatan Pertahanan Awam membawa 150 kit makanan bawah Angensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan keapda 150 keluarga yang juga mangsa kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PP) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: SHAFIQ HASHIM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 5 April -- Kanak-kanak mangsa insiden letupan dan kebakaran saluran gas, yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights bermain aktiviti yang disediakan sukarelawan di Masjid Putra Heights hari ini. Setakat ini, PPS Masjid Putra Heights menempatkan 379 mangsa daripada 97 keluarga susulan insiden itu pada Selasa lepas. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Jurufoto: MOHD HUZAINI DAUD
- Kapsyen: PUTRAJAYA, 3 April -- Mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, ketika ditemui Bernama selepas melakukan rawatan cuci luka di Hospital Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: SHAFIQ HASHIM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 2 April -- Keadaan semasa di kawasan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights yang kini padam sepenuhnya ketika tinjauan setakat 12 tengah hari tadi. Ketua Polis Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata setakat ini hanya penduduk di kawasan yang kurang terjejas dibenarkan masuk untuk mengambil barang keperluan dan dokumen penting. Seramai 529 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masjid Putra Height dan Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia). -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: SHAFIQ HASHIM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 3 April -- Beberapa petugas berada di kawasan insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, ketika tinjauan hari ini. Keadaan beberapa buah rumah juga mengalami kerosakan teruk akibat haba panas kesan daripada kebakaran tersebut. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: ZULAIKHA ZAINUZMAN
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 5 April -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyantuni mangsa-mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights ketika berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, hari ini. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: HAFIZ SOHAIMI
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 5 April -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisyam Mohammad. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Kapsyen: SUBANG JAYA, 7 April -- Suasana di sekitar lokasi kejadian letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights ketika kerja-kerja menyedut keluar air menggunakan pam dari kawah di 'ground zero' masih dilakukan susulan cuaca hujan sejak beberapa hari ini. Tinjauan Bernama turut mendapati penduduk juga masih lagi memeriksa keadaan kediaman dan harta benda masing-masing. Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: MUHD NA'IM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 7 April -- Keadaan kediaman penduduk yang musnah seperti bandar mati ketika tinjauan fotoBernama di lokasi kejadian kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights hari ini. Tinjauan Bernama turut mendapati beberapa penduduk juga masih lagi memeriksa keadaan kediaman dan harta benda masing-masing. Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: MUHD NA'IM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 7 April -- Keadaan kediaman penduduk dan kenderaan yang musnah seperti bandar mati ketika tinjauan fotoBernama di lokasi kejadian kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights hari ini. Tinjauan Bernama turut mendapati beberapa penduduk juga masih lagi memeriksa keadaan kediaman dan harta benda masing-masing. Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: MUHD NA'IM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 7 April -- Suasana di sekitar lokasi kejadian letupan dan kebakaran saluran gas di sini, di mana kerja-kerja menyedut keluar air menggunakan pam dari kawah di 'ground zero' dilihat masih dilakukan susulan cuaca hujan beberapa hari ini. Tinjauan Bernama turut mendapati beberapa penduduk juga masih lagi memeriksa keadaan kediaman dan harta benda masing-masing. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: MUHD NA'IM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 9 April -- Keadaan semasa kawasan kebakaran yang melibatkan saluran paip gas ketika tinjauan fotoBernama di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, hari ini. Kebakaran besar yang melibatkan saluran gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April lepas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius. Kebakaran tersebut secara tidak langsung mengubah landskap kawasan itu menjadi kawah besar sedalam 32 kaki dan seluas 70x80 kaki, serta memusnahkan kediaman dan harta benda dalam radius 500 meter. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: SHAFIQ HASHIM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 1 April -- Petugas dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Shah Alam bersama seekor anjing yang diselamatkan dari sebuah rumah berdekatan Taman Harmoni yang terbakar susulan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: NAZIRUL ROSELAN
- Kapsyen: PUTRAJAYA, 1 April -- Mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height yang menerima rawatan di Unit kecemasan dan trauma hospital Putrajaya hari ini. -â?? fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: NAZIRUL ROSELAN
- Kapsyen: PUTRAJAYA, 1 April -- Mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height Ahmad Daniel 33, yang menerima rawatan di Unit kecemasan dan trauma hospital Putrajaya hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: NUR SYAHEDA IMRAN
- Kapsyen: PUCHONG, 1 April -- Keadaan kediaman penduduk yang musnah akibat kebakaran saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Kapsyen: PUCHONG, 1 April -- Keadaan sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: NUR SYAHEDA IMRAN
- Kapsyen: PUCHONG, 1 April -- Keadaan kediaman penduduk yang musnah akibat kebakaran saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Jurufoto: SHAFIQ HASHIM
- Kapsyen: SUBANG JAYA, 1 April -- Perkembangan semasa 2:30pm: kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Subang Jaya dilihat semakin rendah. Berdasarkan pemantuan Bernama dari jarak lebih kurang 500 Meter dari lokasi kejadian mendapati ketinggian api semakin menurun berbanding dua jam yang lepas. Polis masih menutup laluan ke lokasi kebakaran, dengan kenderaan bomba dan penyelamat dilihat keluar masuk. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.