Merakam Detik, Berkongsi Kisah.

Laman galeri foto merakam momen indah, menyimpan memori berharga, dan menyampaikan kisah melalui visual, menghubungkan hati dan jiwa.

SUKAN SEA 2025 THAILAND

  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: BANGKOK, 10 Dis -- Pemain Pasukan Hoki Lima Sebelah (5s) Malaysia bersama pingat emas yang dimenangi selepas menewaskan Indonesia 7-3 pada perlawanan akhir Hoki Lima Sebelah Sukan SEA 2025 di Stadium Hoki Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF), hari ini. Kejayaan itu merupakan pingat emas pertama buat negara pada temasya edisi ini. -- FotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: BANGKOK, 15 Dis -- Atlet wushu negara, (dari kiri) Pang Pui Yee, Tan Cheong Min dan Loh Ying Ting bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara akhir duilian bersenjata wanita pada Sukan SEA 2025 di bangunan Ratthaprasasanphakdi, hari ini. Pasukan wushu negara meraih keseluruhan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa menerusi lima acara, iaitu duilian bersenjata wanita berkumpulan (emas), nandao individu wanita (emas), qiangshu individu wanita (perak), duilian tanpa senjata berkumpulan lelaki (gangsa) dan nangun individu lelaki (gangsa). -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ARIFF SARBRI
  • Kapsyen: BANGKOK, 12 Dis -- Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, meraih pingat emas sambil mencipta rekod temasya dengan catatan sejauh 65.41 meter pada Sukan SEA 2025 di Suphachalasai Stadium, National Stadium, hari ini. Catatan itu memecahkan rekod lamanya, 61.88 meter, yang dicatatkan pada Sukan SEA Phnom Penh 2023. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ARIFF SARBRI
  • Kapsyen: BANGKOK, 14 Dis -- Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah menunjukkan pingat emas yang dimenangi pada perlawanan akhir badminton Sukan SEA 2025 di Gimnasium 4, Universiti Thammasat, Kampus Rangsit, hari ini. Beregu utama wanita negara itu menewaskan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari dengan keputusan: 21-16, 19-21, 21-17. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ARIFF SARBRI
  • Kapsyen: BANGKOK, 12 Dis -- Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Suphachalasai Stadium, National Stadium, Bangkok hari ini. Nani Sahirah memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: BANGKOK, 12 Dis -- Atlet gimnastik negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam (kanan) dan Yeap Kang Xian, bergambar bersama pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2025 di Gimnasium 5, Universiti Thammasat, Kampus Rangsit. Sharul Aimy meraih 13.833 mata dalam acara Vault Table, manakala Yeap Kang Xian mencatat 13.233 mata dalam acara Balance Beam pada perlawanan akhir masing-masing. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: BANGKOK, 12 Dis -- Pemain snuker negara, Thor Chuan Leong bergambar dengan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA 2025 di Stadium Thunder Tome di sini hari ini. Thor memenangi perlawanan akhir snuker acara Six-Red perseorangan lelaki menewaskan Poramin 5-2 pada perlawanan tersebut. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: ARIFF SARBRI
  • Kapsyen: BANGKOK, 13 Dis -- Jaguh lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas dan memecahkan rekod temasya pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai di sini malam ini. Atlet kelahiran Sarawak itu mengesahkan kilauan emas selepas melakukan lontaran sejauh 18.78 meter (m) dalam percubaan ketiga sekali gus memadam rekod temasya 18.38m milik atlet Filipina William III Edward Morrison yang dicipta pada edisi 2019 di Filipina. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
  • Jurufoto: SAFWAN MANSOR
  • Kapsyen: BANGKOK, 13 Dis -- Perenang negara Khiew Hoe Yean (kiri) dan Arvin Shaun Singh Chahal bergambar dengan pingat emas dan gangsa yang mereka menangi dalam acara akhir 200 meter gaya bebas Sukan SEA Thailand 2025 di Kolam Renang, Sports Authority of Thailand, di sini malam ini. Khiew Hoe Yean mengungguli acara tersebut dengan catatan 1 minit 48.64 saat (s), menewaskan pesaing terdekatnya, Tran Van Nguyen Quoc dari Vietnam (1:48.70s), dengan perak. Dalam pada itu Arvin Shaun Singh Chahal meraih gangsa dalam acara yang sama pengan catatan masa 1:50.43s untuk mendapatkan pingat Sukan SEA individu pertamanya. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk pembelian, layari laman web BERNAMA IMAGES.